Latar belakang F-105_Thunderchief

Pesawat F-105 Thunderchief merupakan pesawat pejuang satu tempat duduk berenjin satu yang paling besar pernah dibina. Pesawat ini mempunyai ruang simpanan bom yang luas dan mempunyai alur angin masuk berayun ke depan di pangkal sayapnya. Pesawat ini juga merupakan pesawat pejuang jet pertama yang dipasang dengan meriam M61 Vulcan yang berkaliber 20 mm.

Pesawat F-105 Thunderchief bermula dalam tahun 1951 dengan usaha Republic Aviation untuk membangunkan sebuah pesawat pejuang taktikal yang terbang supersonik untuk menggantikan pesawat F-84 Thunderjet. Pada asalnya pesawat F-105 disasarkan untuk melaksanakan misi pengeboman nuklear.

Penerbangan sulung prototaip dibuat pada 22 Oktober 1955, dan pesawat pengeluaran pertama dihantar kepada Tentera Udara Amerika Syarikat dalam tahun 1958. 75 buah pesawat F-105B dibina daripada sejumlah besar 833 buah F-105 yang dibina untuk kesemua model. Pengeluaran ditamatkan dalam tahun 1964. Pesawat F-105 berkhidmat sehingga tahun 1982 dengan penerbangan operasi terakhir dalam tahun 1984. Pesawat F-105 boleh mencapai selisih barangkali bulat (circular error probable) sehingga 15 meter daripada ketinggian 4,570 meter menggunakan radar AN/ARN-92.